PROMOSI PRE-ORDER USTAZAH BASIKAL SIRI-2

PROMOSI PRE-ORDER USTAZAH BASIKAL SIRI-2

Ustazah Basikal : Yakin Kerana Dia

Fasabbih bihamdi Rabbika was taghfirhu innahu kaana tawwaba.

Dalam keadaan diri serba kekurangan, pengembaraan perlu diteruskan. Rancangan yang ada sekadar dorongan agar kaki masih dapat terus melangkah. Selebihnya, hati sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Musim berubah, budaya manusia dan corak hidup masyarakat yang beragam, bahasa yang asing, negara yang bergolak, fahaman agama yang berbeza, semuanya perlu dihadapi dengan tenang. Setiap hari adalah dunia baru bagi sang pengembara.

Kembara ini benar-benar mengubah daripada manusia yang merasa diri paling betul dan paling baik menjadi manusia yang akur. Akur dengan KekuasaanNya yang mentadbir alam ini dengan penuh teliti serta penuh kesempurnaan.

“Kita tak boleh samakan mereka dengan kita."

"Betul tu, latar kehidupan mereka jauh berbeza dengan kita.”

“Apa yang boleh kita buat, kita hormati semua orang, dengan cara, cari persamaan dan raikan perbezaan.”

“Ya, tak ada manusia yang tak sukakan persaudaraan.”

Kita merancang, namun Dia juga merancang. Malah perancanganNya adalah sangat sempurna.

Kemanisan yang tak terungkap, akhirnya Dia mengkabulkan hajat hamba-hambaNya untuk menyembah syukur di hadapan Baitullah setelah melalui sebuah pengembaraan asing di dalam hidup mereka.  

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan yang mentadbir alam. 





  NILAI PENGEMBARAAN MERENTASI 14 BUAH NEGARA SELAMA 15 BULAN : LEBIH  RM70,000 (+ RISIKO)

HARGA UNTUK ANDA ALAMI PENGALAMAN YANG SAMA     :

RM85 SAHAJA 
 (TANPA RISIKO)



5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI BUKU NI


1. 1st Novelog (Novel+Travelog) di Malaysia.

2. Anda akan mula percaya, tiada perkara yang mustahil.

3. Anda bakal menyelami kisah kesulitan dan cabaran di setiap negara yang anda tak pernah tahu.

4. Terasa Allah sangat dekat dengan anda, selepas anda baca buku ini.

5. Sebab Ustazah naik basikal sampai Mekah pakai baju kurung.

Anda sebagai anak Malaysia pasti bangga! hihi




ADA 8 BAB DALAM BUKU NI :



CHINA :


Seumur hidup aku, aku tak tahu di China ada 1 kawasan majoriti islam dan menggunakan tulisan jawi! 


Dalam pengembaraan kali ini, baru aku kenal Etnik Uighur yang majoritinya islam beratus tahun dahulu dan sering ditindas oleh kerajaan mereka sendiri sebelum viral di Malaysia baru-baru ini.


Sungguh, kami melihat dengan mata kepala kami sendiri bagaimana mereka hidup dalam ketakutan dan tekanan. Dalam masa yang sama mereka mempunyai hati yang sangat baik dan sangat sukakan tetamu.




KYRGYZSTAN :


Sebelum kembara, aku tak pernah dengar nama Kyrgyzstan dan tak terfikir nak jelajah negara yang cantik dan unik ni.


Allah Maha Besar. Kami ditemukan dengan keluarga dan sahabat yang sangat ceria, baik hati dan kadang kala (gila-gila) melayan kami sepenuh hati. Setiap kali makan, pasti penuh meja dengan makanan. Kami hampir ‘obes’ kembara di Kyrgyzstan akibat makan terlalu banyak!



KAZAKHSTAN :


Pertama kali dalam sejarah, kami kayuh basikal di dalam suhu -20 darjah celcius dan cuba untuk berkhemah di dalam salji.


Bagi aku, ini kerja gila yang mempunyai memori dan pengalaman yang sangat best dan unik. Bukan selalu dapat kayuh dan berkhemah dalam salji kan?


Dan aku juga baru tahu, betapa strugglenya orang-orang yang tinggal di kawasan 4 musim ni bersusah-payah nak sediakan persiapan untuk hadapi musim sejuk. Walaupun begitu, mereka tetap terbuka menerima manusia asing seperti kami ini sebagai tetamu. 


Alhamdulillah. Kami survive!




UZBEKISTAN :


Aku mula minat sejarah selepas kembara di Bumi Uzbekistan. Kami jarang kayuh disebabkan masalah visa belum selesai. Kami banyak kembara menggunakan kenderaan awam dan melawat tempat bersejarah dan muzium.


Rupanya ramai falsafah islam lahir di bumi Uzbekistan seperti Imam Bukhari & Imam Tarmizi. Dan di sini jugalah tersimpannya mushaf Al-Quran terawal yang disalin pada zaman Khalifah Saidina Usman. 


Menyaksikan kesan-kesan peninggalan Sahabat Nabi saw dan Tabiin ini memberikan kami semangat baru untuk menyebarkan manfaat kepada masyarakat walau hanya dengan sekecil-kecil usaha.




AFGHANISTAN :


Kami terkandas di Bumi Afghan selama 2 bulan akibat masalah visa. Dalam masa yang sama, kami jadi terkenal di Kabul disebabkan kami dijemput oleh 5 stesen TV di sana. Kami juga dikalungkan dengan Medal Olimpik oleh persatuan berbasikal Olimpik Afghanistan. 


Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan adalah kami tidur di kawasan Askar Taliban dan mereka sangat peramah!




IRAN :


Sebelum mula kembara, Iran adalah negara yang kami tak nak masuk disebabkan percaya dengan cerita media bahawa negara tersebut sangat bahaya untuk penganut Sunni. Kami tekad juga untuk masuk dan apa yang kami lalui sangat jauh berbeza dengan apa yang kami dengar sebelum ini.


Kami sempat solat dan tidur di salah satu masjid mereka di sana.




UAE :


Apa yang menarik di UAE? Mungkin ramai yang kata, bangunan tertinggi di sana, tapi bagi kami, sama sahaja macam KLCC, di bawahnya mempunyai mall dan taman.


Kami lebih tertarik untuk meneroka Gunung ganang dan kawasan padang pasir di sana. Kami sempat kayuh panjat Jabal Jais yang terletak di Ras Al Khaimah.



ARAB SAUDI :


Kami sampai ke Arab Saudi setelah 14 bulan mengembara. Kami menangis setelah melihat Kaabah. Berjurai air mata. Hilang penat kami selama 14 bulan. MasyaAllah Tabarakallah.


Alhamdulillah. Allah izinkan kami untuk jejakkan kaki kami di bumi suci ini. Bukan kami sahaja, malah ahli keluarga kami juga menyambut kami di bumi suci ini.


Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami pada waktu itu. Terharu, sebak, gembira, bersyukur, semuanya bercampur baur. 


Sungguh, Allah Maha Besar.




CIRI-CIRI BUKU :

1. Saiz A5

2. Full Color

3. Soft Cover

4. Tulisan besar, saiz 13 Calibri

5. Gambar Cantik & Berkualiti




TESTIMONI PEMBACA

     
     



  TARIKH PRE-ORDER : 
28 SEPTEMBER 2020 - 30 NOVEMBER 2020


PROMOSI

TARIKH

STATUS

EARLY BIRD (RM69) 28/9/2020 : 10am - 2 pm (4 jam) TAMAT
SPECIAL PRICE (RM79) 28/9 - 4/10/2020 (7 hari) TAMAT
LAST CALL (RM85) 4/10 - 30/11/2020 (2 bulan) DIBUKA
NORMAL PRICE (RM89) Selepas 1/12/2020 BELUM DIBUKA




PENTING : Buku mula dihantar diantara 1 - 12 Disember 2020

Nota : Demi menjaga servis dan kualiti produk kami, kami akan pulangkan duit anda dalam masa 24 jam jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti buku kami setelah anda menerima buku kami. Terma dan Syarat.





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
[EARLY BIRD - RM69] NOVELOG USTAZAH BASIKAL : SIRI 2
[SPECIAL PRICE - RM79] NOVELOG USTAZAH BASIKAL : SIRI 2
[LAST CALL - RM85] NOVELOG USTAZAH BASIKAL : SIRI 2
[NORMAL PRICE - RM89] NOVELOG USTAZAH BASIKAL : SIRI 2 BELUM MULA
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

Whatsapp